“Akid Tak Boleh Bangun Langsung, Masa Tu Dah Fikir …..” – Isteri Lan Solo Kongsi Pengalaman Anak Dihempap Lelaki Seberat 90 Kilogram

Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim berkongsi detik cemas yang dihadapinya bersama suami apabila anak mereka, Muhammad Akid Qassyaff dihempap oleh seorang lelaki.

Menerusi entri di Instagram (IG), Sheila berkongsi kisah yang berlaku kepada anaknya ketika sedang bermain ‘ice skating’.

“Kejadian 6.30pm tadi di ice skating Ioi City Mall. Akid jatuh sebab tak dapat balance badan (1st time main). Tiba-tiba datang seorang lagi lelaki mat salleh jatuh hempap atas belakang Akid.

“Akid tak boleh bangun langsung. Masa tu KY dah fikir macam-macam dah sebab KY dengan LS kat luar kaca temapt main tu. Memang nampak Akid tak bergerak. Dia menangis je atas ais tu.

“Berlari tak cukup tanah rasanya bila nampak dia kena hempap dengan lelaki yang berbadan besar tu. Dia nangis sekuat-kuatnya. Alhamdulillah, pihak ice skating tu bertindak pantas dan lelaki tadi jugak nampak sangat risau takut pinggang Akid patah. 

“Dia mengaku dia jatuh atas badan Akid yang berat dia baru 16 kg. Berat lelaki tu dlm 90kg ++. Benda dah nak jadi takkan KY nak mengamuk kat situ pulakan,” tulisnya.

 

Kejadian 6.30pm td di ice skating ioi city mall.. 

Akid jatuh sbb x dpt balance badan (1st time main) 

Tiba2 dtg seorg lg lelaki mat salleh jatuh himpap atas blkg Akid.. 

Akid x boleh bangun lgsg.. Masa tu KY dah pk macam2 dah.. Sbb KY dgn LS kat luar kaca tmpt main tu..

Mmg nmpk akid x bgerak.. Dia nangis je atas ais tu.. 

Berlari x cukup tanah rasanya bila nmpk dia kene hempap dgn lelaki yg berbadan besar tu.. 

Dia nangis sekuat2nya.. 

Alhamdulillah,pihak ice skating tu bertindak pantas dan lelaki tadi jugak nmpk sgt risau takut pinggang Akid patah.. Dia mengaku dia jatuh atas badan Akid yg berat dia br 16kg.. .

Berat lelaki tu dlm 90kg ++.. 

Bnda dah nk jadi,x kan KY nak ngamuk kat situ pulak kan.. .

Cuma sekadar cadangan.. Kalau2 in future, pihak ice skating tu boleh asingkan tmpt utk yg amatur dgn yg dah terrer (sbb yg terer ni suka tunjuk aksi yg diorg boleh laju2 atas ice tu) jadi x sempat brek.. Abis terkena org lain.. Sekadar cdgn jela.. .

Apa2 pon, terima kasih kpd semua yg membantu kami kat ioi city mall tadi.. .

Sementara itu, Sheila turut memberi candangan agar pihak pengurusan  tersebut dapat mengasingkan tempat permainan untuk kanak-kanak dan orang dewasa supaya perkara sedemikian tidak berlaku pada orang lain.

“Cuma sekadar cadangan. Kalau-kalau in future, pihak ice skating tu boleh asingkan tempat untuk yang amatur dengan yang dah terrer sebab yang terer ni suka tunjuk aksi yang diorang boleh laju-laju atas ice tu jadi tak sempat brek. 

“Habis terkena orang lain. Sekadar cadangan jela. Apa-apa pun, terima kasih kepada semua yang membantu kami kat Ioi City Mall tadi.,” tulisnya.

Lan dan Sheila mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Muhammad Akid Qassyaff dan Nur Amna Quxandra.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *