Bergambar Seperti Pasangan Yang DiPertuan Agong, Gambar Kanak-Kanak Ini Dapat Perhatian Raja Permaisuri Agong.

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @weallhungry berkongsi beberapa keping gambar kanak-kanak berpakaian seakan-akan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

“Ampun Tuanku, sepupu kawan saya sangat mengagumi tuanku dan berharap supaya suatu hari nanti dapat bersemuka dengan tuanku. Semoga gambar ini dapat menceriakan hari-hari tuanku,” tulis beliau di Twitternya.

Agong junior : Syahibudil Ansyaufi

Permaisuri junior : Nur Varisha Aisy

“Dorang ni dari Johor datang KL semata-mata nak bergambar di Muzium Diraja untuk buat kenangan. Dah besar nanti ingatlah korang pernah jadi “agong” dan “permaisuri”,” tulis @weallhungry lagi.

“ma sha allah ….. cute nya …. bersemut telephone baru saya !!!” balas Tuanku Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menggunakan akaun Twitternya, @cheminahsayang.

“Izinkan patik tambah semut lagi di iphone baru tuanku dengan video yang tidak seberapa ini,” tambah @weallhungry lagi sambil menyertakan satu video.

“ni bersemut…. dah di kerumuni kerengga,” balas Tuanku Permaisuri lagi.

Twitter tersebut mendapat pelbagai komen yang rata-rata menyatakan kecomelan dua kanak-kanak tersebut. Malah ada juga pengguna Twitter lainnya yang turut berkongsi gambar yang hampir serupa.

Kredit Gambar/video: Twitter @weallhungry

Perkongsian pengguna Twitter @weallhungry ini mendapat lebih 16,000 Retweet dan 30,000 likes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *