Gemarkan Sangat KFC, Akhirnya Dijadikan Hantaran Pertunangan, Tahniah, Janji Dua-Dua Happykan

Sebut sahaja KFC pasti sudah terbayang ayam goreng yang enak, lazak, cukup rasa, cukup pedas dan cukup membuatkan hati sesiapa tertarik padanya!

Kerangupan tepung goreng yang tersalut pada ayam goreng itu membangkitkan lagi selera tidak kira waktu hujan, panas, jalan jammed atau poket ‘kering’.

Setiap orang pasti ada kisah mengenai KFC dan nampaknya kisah seorang pengguna Twitter ini nampaknya lain daripada yang lain. Mana tidaknya, sekotak KFC dijadikan hantaran majlis pertunangannya. Biar betul?

Menurut @ayuyuyuyuuu iaitu Ayu, disebabkan terlalu menggemari ayam goreng, tunangnya telah menghadiahkan sekotak KFC bersama hantaran yang lain.

Ketika berbincang mengenai hantaran untuk majlis pertunangannya, semua barangan sudah disenaraikan di mana Ayu akan memberikan 7 dulang hantaran kepada tunangnya Fakih, manakala Fakih pula akan membalasnya dengan 5 dulang hantaran.

Memandangkan hanya satu sahaja hantaran untuk Ayu masih belum dipilih dan Fakih pula tiada idea untuk menghadiahkan apa, lalu Ayu meminta KFC.

Ketika majlis pertunangan hampir tiba Ayu bertanya semula kepada Fakih adakah rancangan untuk meletakkan KFC sebagai hantaran diteruskan. Menurut Ayu, Fakih setuju dengan cadangan tersebut cuma memikirkan beberapa halangan yang mungkin akan timbul seperti siapa yang hendak membelikan KFC.

Mungkin berasa sedikit sukar, Ayu tidak kisah jika cadangan tersebut dibatalkan dan digantikan dengan hantaran lain. Sehinggalah tibanya hari pertunangan mereka…

Sebaik sahaja Ayu keluar untuk bertemu dengan tetamu, matanya terus ‘mendarat’ pada kotak KFC yang berada di antara hantaran yang lain. Apa lagi, senyum kambinglah Ayu! Gembiranya bukan kepalang.

Menurut Ayu, dia benar-benar tidak sangka rancangan untuk menjadikan KFC sebagai salah satu hantaran berjaya dilaksanakan.


@ayuyuyuyuuu/Twitter

Biar pun ayam goreng KFC itu telah sejuk tetapi tetap enak dimakan bersama keluarga.


@ayuyuyuyuuu/Twitter

Status Twitter Ayu telah mendapat 11,297 retweet dan 10,383 suka yang mana rata-rata netizen terus tergamam dan kagum dengan hantaran tersebut. Masing-masing nampaknya tidak menolak untuk menghadiahkan KFC sebagai salah satu hantaran.

View image on TwitterView image on Twitter

Hantaran untuk pertunangan seperti ini memang jarang dilakukan tetapi menarik bukan? Jika ada di antara anda yang masih tercari-cari apakah hantaran yang boleh diberikan kepada tunang masing-masing, mungkin idea ini boleh dicuba.

Sumber: @ayuyuyuyuuu/Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *