Kadang2 sampai dua minggu tak laku” – Nak tolong orang lain, lelaki ini ‘hilang’ satu kaki… anak pula ada tum0r

DILAHIRKAN normal, namun takdir menentukan lelaki ini berdepan dugaan apabila kehilangan anggota badannya dalam kmalangan.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai nasib seorang lelaki kelainan upaya (OKU) yang juga bapa kepada tiga cahaya mata.

Kisah mengenai kegigihan Mohd Sabrie Mohamad Ibrahim, 30, yang berniaga ikan terubuk masin dan popia secara dalam talian menjadi tular di laman Twitter sejak Jumaat lalu.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Sabrie memulakan perniagaan itu sejak kehilangan kakinya akibat terbabit dalam kmalangan sekitar empat tahun lalu.

 

Posting mengenai Sabrie yang tular di Twitter.

“Saya kehilangan sebelah kaki dalam satu kmalangan pada 2015 akibat dilnggar sebuah lori tiga tan dari arah belakang, masa tu nak tolong seseorang, tayar keretanya bocor.

“Dalam keadaan terhad macam ni, saya berniaga sahaja, mula-mula dulu saya jual rempeyek.

 

Ikan terubuk masin yang dijual oleh Sabrie.

“Ada modal sikit-sikit, jual ikan terubuk masin, juga popia nestum yang dibuat isteri. Semuanya dibuat bersama dengan isteri, dia juga kena jaga saya sebab kesihatan tak menentu,” ujarnya sewaktu dihubungi pada Ahad.

Tak sempat kat dunia, Allah bagi di akhirat. Saya kena kuat cari bekalan untuk anak-anak, tak tahu bila ajal.
MOHD SABRIE MOHAMAD IBRAHIM

Menurut Sabrie lagi, dia mendirikan rumah tangga dengan Norayati Gusni, 27, kira-kira enam tahun lalu dan hingga kini memiliki tiga cahaya mata perempuan.

Menambahkan lagi pilu dalam keluarganya, anak kedua, Nur Anisa Insyirah yang berusia dua tahun baru sahaja menjalani pembed4ahan membuang tum0r di kepala.

 

Foto Sabrie sekeluarga.

Mengakui sedih, Sabrie bagaimanapun tabah dan gigih berusaha demi memberi kehidupan yang terbaik untuk anak-anaknya.

“Sedih memang sedih, tapi Allah dah janji dalam al-Quran. Kalau kita taat perintah Allah, jaga solat, insyaAllah ada ganjaran.

“Tak sempat kat dunia, Allah bagi di akhirat. Saya kena kuat cari bekalan untuk anak-anak, tak tahu bila ajal.

 

Anak keduanya yang menjalani pembed4ahan baru-baru ini.

“Ada masanya perniagaan tak laku, sampai dua minggu tak laku. Kekuatan saya adalah anak-anak dan janji Allah,” ujarnya dalam nada sebak.

Sabrie sekeluarga yang menerap di Miri, Sarawak turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM270 sebulan.

Bagi sesiapa yang mahu membantu atau membeli produk makanan Sabrie, dia boleh dihubungi menerusi talian 012-8087457.

Dalam pada itu, posting mengenai kisah Sabrie yang dikongsi seorang pemuda di Twitter menerima lebih 12,300 perkongsian.

sumber mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *