Majlis Resepsi Nadzmi dan Ardell bak ‘Fairytale’

SERAMAI 6,000 jemputan menghadiri majlis persandingan pasangan pelakon Nadzmi Adhwa dan isterinya, Ardell Aryana yang berlangsung dengan penuh meriah.

Nadzmi ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir.

“Terima kasih kepada semua yang sudi hadir memeriahkan majlis kami pada hari ini,” katanya kepada Harian Metro.

Tidak seperti bersanding yang lain, majlis Nadzmi dan Ardell meriah dengan konsep ala ‘Fairytale’, lengkap dengan gimik pembukaan oleh pengantin.

Nadzmi hadir diiringi dua pengiring lengkap dengan busur seperti simbolik kepada dirinya yang memburu cinta dan kini sudah menemui pasangan hidupnya.

Umpama pementasan teater muzikal, gimik pembukaan itu diiringi muzik romantik.

Kedua-dua mempelai nampak selesa berkongsi hari bahagia mereka bersama keluarga serta kenalan dan tidak lagi menggigil seperti di majlis pernikahan sebelum ini.

Ditanya sama ada sudah ada tanda-tanda kehadiran zuriat selepas lebih sebulan berumah tangga, pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan itu memaklumkan belum ada.

Nadzmi dan Ardell diijabkabulkan pada 1 September lalu selepas berkawan rapat sejak 2015.

Kredit: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *