“Menangkah Cinta” – Erra Fazira terkejut Shahir terima ‘lamarannya’

PENAMPILAN penyanyi Shahir Zawawi dalam video muzik lagu terbaharu penyanyi dan pelakon Erra Fazira, Menangkah Cinta bukan untuk dijadikan sebagai gimik murahan.

Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 45, pemilihan Shahir dibuat selepas perbincangan dan kata sepakat semua pihak.

 

Malah, pada awalnya Erra mendedahkan dia memilih vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie memandangkan mereka mempunyai projek khas pada tahun hadapan.

Erra dan Shahir masih berhubung sebagai rakan biasa.
“Saya dan semua team nak cari model untuk video klip itu yang sudah dikenali. Jadi, ada beberapa nama dicalonkan seperti Zul Ariffin dan Remy Ishak.

“Tapi nama Shahir terpilih selepas mendapat kata sepakat, bukan atas persetujuan saya seorang. Bukan strategi yang dirancang untuk dijadikan gimik murahan.

“Kalau ikutkan, saya memang nak Awie sebab tahun hadapan kami ada projek istimewa bersama tapi jadualnya tidak sesuai,” katanya kepada mStar.

Erra ditemui ketika sidang media bersama Erra Fazira ‘Menangkah Cinta‘ di New World Petaling Jaya Hotel, Kelana Jaya, pada Rabu.

Tapi tiba-tiba Ungku ada komitmen lain dan secara kebetulan Shahir hubungi saya semula mengatakan dia setuju nak berlakon dalam video muzik saya.

ERRA FAZIRA – Penyanyi dan pengacara

Video muzik yang menampilkan Shahir sebagai pelakon utama akan dilancarkan di saluran Youtube pada pukul 8 malam, Rabu.

Sebelum ini, Erra mendedahkan hubungan dia dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu sudah berakhir sejak Januari lalu.

Bagaimanapun, mereka masih mempunyai hubungan baik dan dia reda apabila rancangan untuk berumah tangga dengan penyanyi itu tidak kesampaian.

Dalam pada itu, pengacara program Mingguan Wanita ini memberitahu dia terkejut apabila Shahir menerima ‘lamarannya’ untuk muncul dalam video muzik itu.

Erra tampil dengan single terbaharu berjudul Menangkah Cinta.

 

Pada mulanya Shahir menolak disebabkan mempunyai komitmen lain dan pelakon Ungku Ismail menjadi pilihan namun perubahan berlaku pada saat akhir.

“Ikutkan awalnya, Shahir menolak sebab ada komitmen lain dan Ungku Ismail pula setuju nak bekerjasama dengan kami.

“Tapi tiba-tiba Ungku ada komitmen lain dan secara kebetulan Shahir hubungi saya semula mengatakan dia setuju nak berlakon dalam video muzik saya.

“Saya takut nak ajak dan jangkaan saya, Shahir tidak mahu tapi terkejut pula apabila dia terima pelawaan saya,” ujarnya.

Erra gementar masuk studio

Kembali dengan lagu baru Menangkah Cinta setelah album terakhir 10 tahun lalu

TERDAHULU, Meskipun masih aktif berlakon drama dan filem, itu tidak bermakna primadona filem Melayu Erra Fazira sudah melupakan bidang nyanyian.

Seperti lakonan, nyanyian juga sudah sebati dengan dirinya yang pernah popular dengan lagu Yang Terindah Hanya Sementara, Jendela Hati, Pasrah dan banyak lagi.

Berbicara mengenai nyanyian, Erra 45, berkata, dia masih menerima undangan persembahan biarpun tidak sebanyak dulu.

“Jika tiada aral, saya akan tampil dengan lagu baru berjudul Menangkah Cinta ciptaan penyanyi dan komposert Hafiz Hamidun, manakala lirik oleh Iman Imran.

“Lagu itu mungkin dilancarkan sekitar Syawal nanti dan semoga sambutan baik diterima daripada pendengar muzik masa kini,” katanya.

Menurut ibu kepada seorang anak itu, dia tidak akan terburu-buru kerana belajar daripada pengalaman lalu.

Mengakui gementar apabila berpeluang kembali ke studio rakaman, Erra berkata, dia mengambil masa sebulan untuk melakukan persediaan.

“Kali terakhir saya hasilkan album 10 tahun lalu. Selepas itu, saya hanya muncul dengan single untuk keseronokan diri.

“Malah, saya juga pernah merakamkan lagu duet bersama rakan baik, Datin Seri Umie Aida. Ia sekadar suka-suka dan minat.

“Kini, saya sangat teruja untuk kembali dengan lagu baru,” katanya.

Hasrat bintang utama filem Sembilu itu muncul dengan single baru nampak bersungguh apabila dia bernaung di bawah syarikat pengurusan Mind Order

Sdn Bhd.

“Apabila ada pihak membantu menguruskan kerjaya, saya jadi lebih yakin untuk tampil dengan lagu baru.

“Menariknya, lagu baru saya ini liriknya menjurus ke arah kerohanian. Ia dirasakan sesuai dengan situasi dan usia saya,” katanya.

Mengulas perkembangan terkini karier lakonan, Erra berkata, dia terbabit dengan penggambaran filem Wangi dan drama bersiri Gerak Khas.

Beralih kisah peribadi, Erra selesa menikmati hidup solo dan berstatus ibu tunggal. Dia juga lebih selesa menjalin persahabatan.

Katanya, sebagai wanita matang, dia tidak perlu mencanang kisah cinta seperti di zaman persekolahan.

“Saya ikut sahaja aturan takdir. Setakat ini saya bahagia dan tiada apa yang perlu dikeluhkan,” katanya.

Kredit: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *