Peng0rbanan Terakhir.. “Kakak Sempat Campak Anak Ke Belakang Sebelum M4ut Kemalangan”

Seorang mak akan sanggup lakukan apa sahaja demi anak-anaknya walaupun ketika nyawanya sedang berada dihujung tanduk. Besarnya peng0rbanan seorang mak dalam keadaan cemas sebelum berlakunya rempuhan kemalangan, masih sempat untuk memikirkan keselamatan anaknya.

Perkara ini diceritakan oleh Syaidatul Fatihah mengenai kemalangan m4ut yang menimpa kakaknya, Surawati Mohd, 33, semalam.

“Kakak (arw4h) sempat campak anak bongsu yang ada bersamanya di tempat duduk penumpang hadapan ke belakang sebelum disambut anak sulungnya bagi menyelamatkan anaknya,” kata Syaidatul Fatihah Mohd, 30.

3 Anak Yatim Piatu Sekelip Mata

Dalam kejadian 5 pagi itu, Surawati bersama suami Muhammad Noor Idham Ramli, 31, mningg4l dunia apabila kereta dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 134 Jalan Kuantan – Seremban, dekat Keratong.

Kejadian menyebabkan tiga anaknya, Aryan Rizqy, 6, Areesh Razeen, 4, dan Arfan Rakeen, 2, menjadi yatim sekelip mata apabila ibu bapa mereka mningg4l dunia.

Bertolak Sehari Awal

Menurut Syaidatul Fatihah, kejadian berlaku ketika lima beranak itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Pulau Duyong ke rumah ibu bapa Muhammad Noor di Felda Lui, Jempol, Negeri Sembilan.

“Kami (ahli keluarga) semua tidak tahu mereka bertolak awal sehari ke sana.

“Kakak memaklumkan mereka akan bertolak esok ke rumah mentuanya kerana anaknya tidak bersekolah malah keluarga abang ipar pun tak tahu lima beranak itu bertolak awal,” katanya ditemui di rumah keluarganya di Kampung Gong Merawang, Rhu Muda, Marang.

Dihubungi Pihak Hospital

Menurutnya, ahli keluarga hanya mengetahui mengenai kemalangan itu selepas dihubungi Hospital Muadzam Shah, Pahang 7 pagi tadi.Katanya, susulan itu ahli keluarganya segera ke hospital terbabit bagi melihat keadaan lima beranak itu.

“Kami dimaklumkan kakak dan suami mningg4l dunia dan hospital minta kami datang ambil tiga anak saudara yang cedera.

“Menurut Aryan Rizqy, ketika kereta hilang kawalan dia masih sedar dan ibunya sempat campakkan Arfan ke tempat duduk belakang bagi menyelamatkan anak bongsunya itu.

“Aryan Rizqy sempat menyambut adiknya sebelum Perodua Myvi dinaiki berlanggar dengan lori,” katanya.
Gambar: Harian Metro

Penjagaan Tiga Anak

Katanya, jenazah abang iparnya dibawa ke Felda Lui untuk dikebumikan manakala jenazah kakaknya dibawa pulang ke Gong Merawang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Marang selepas solat Isyak.

“Tiga anaknya turut dibawa pulang bersama kami kerana mereka lebih rapat dengan ahli keluarga di sini.

“Bagaimanapun, kami akan berbincang dengan ahli keluarga abang ipar mengenai penjagaan tiga anak arw4h ini,” katanya.

Admin: Besarnya peng0rban4n seorang mak, ketika saat cemas bertarung nyawa masih sempat memikirkan keselamatan anak. Semoga ganjaran syurga hendaknya. Salam takziah buat keluarga mangsa, semoga roh kedua-dua mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Hmetro via MW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *