“Perceraian Adalah Jalan Terakhir Untuk Kami” – Bella Astillah

Susulan kontroversi rumah tangga terdahulu, ramai tertanya-tanya mengenai status Bella Astillah dan suami, Aliff Aziz. Terdahulu, Bella mendedahkan mereka sudah hampir sebulan tinggal berasingan dan kini dalam tempoh bertenang.

Hampir dua bulan kemelut berlalu, Bella mengakui masih belum menemui jalan penyelesaian. Katanya lagi, dia juga tidak mempunyai jawapan pasti tentang perasannya ketika ini, namun dia akan berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya.

“Sejak dahulu saya pernah berkata, kalau berkahwin saya mahu lelaki itu akan jadi suami pertama dan terakhir buat saya. Saya sedar ramai yang ingin tahu tentang status sebenar saya dan Aliff buat masa ini.

“Jadi perceraian adalah jalan terakhir yang akan saya lakukan. Saya tidak boleh pentingkan diri sendiri kerana keutamaan saya adalah anak. Saya tidak mahu anak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah kandung.

“Malah dalam keluarga saya sendiri belum ada yang melalui episod perceraian, jadi saya berusaha sebaik mungkin untuk mengekalkan perkara itu,” katanya kepada Kosmo!

Enggan terlalu memikirkan soal rumah tangganya, Bella menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan takdir. Ujar Bella lagi, meskipun tidak lagi tinggal sebumbung, namun mereka tetap berhubung dan berjumpa demi anak.

“Buat masa ini, saya malas untuk fikirkan soal itu dan hanya menyerahkan kepada arah aliran hidup. Saya juga sudah beberapa kali buat solat istikharah tetapi apa yang boleh dikatakan, saya tawakal dengan perkara ini.

“Orang di luar boleh bercakap apa sahaja tetapi pokok pangkalnya, dalam hal ini ia terletak di tangan saya untuk menentukan segala-galanya,” katanya

 

Bella Astillah Jawab Status Rumah Tangga

Berikutan kontroversi rumah tangga terdahulu, ramai tertanya-tanya mengenai status Bella Astillah dan suami, Aliff Aziz. Terbaru, ada mendakwa Aliff sudah memadam semua gambar isterinya di Instagram.

“Saya tak pasti mengenai perkara itu, tak mengapa, hak masing-masinglah. Lagi pun kita tak tahu foto-foto tersebut dipadam atau disembunyikan, jadi jangan cepat sangat kita berspekulasi”

Manakala menjawab pula pertanyaan status mereka suami isteri, Bella memberitahu beliau hanya ingin meneruskan hidup dengan positif bersama anaknya dan tawakal serta berserah kepada Allah sahaja.

“Saya cuma harap yang terbaik selepas ini. Ini sahaja yang boleh saya katakan buat masa sekarang. Sebabnya, saya kini belum betul-betul bersedia nak menjawab soalan tentang rumah tangga”

Menurut Bella, sekarang beliau cuba menyibukkan diri mengusahakan perniagaannya dan membawa anaknya sekali agar tidak berjauhan. Jelasnya lagi, beliau gembira ‘hidup’ dengan cara begitu.

“Saya sibukkan diri dengan bisnes, untuk memastikan saya tidak berenggang dengan Ayden, saya bawa dia pergi berniaga sekali. Ya, saya ‘happy’ dengan cara hidup sekarang,” jelasnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *