‘Saya nak baca al-Quran semula’ – Bekas Juara Tilawah Al-Quran Hilang Penglihatan, Hidap Kans3r Otak

Johan Tilawah al-Quran Peringkat Kedah 2018 yang kini bertarung dengan k4nser ot4k berharap penglihatannya kembali pulih demi membaca ayat suci al-Quran.

Ibu, Che Anisah Md Saad, 43, berkata, anaknya  Muhammad Azwar Mohd Ariff disahkan mengidap k4nser ot4k pada Oktober  tahun lalu.

Kebolehan seseorang manusia untuk melihat dengan menggunakan kedua-dua mata adalah salah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah. Namun, ada sesetengah yang diuji dengan keadaan mata yang tidak sempurna mahupun but4.

Muhammad Azwar Mohd Ariff, 12, disahkan menghidap k4nser ota4k pada Oktober tahun lalu. Keadaan ini membuatkan fungsi matanya merudum, terutama mata di sebelah kirinya.

Paling memilukan, Azwar yang merupakan bekas juara Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah mengharapkan agar matanya kembali sembuh supaya dia dapat membaca al-Quran seperti biasa.
Mahu baca al-Quran seperti biasa

Menurut ibu Azwar, Che Anisah Md Saad, 43, peny4kit yang dialaminya menyebabkan tahap  penglihatan anaknya itu kabur selain pergerakannya lemah dan terhad.

“Azwar berharap matanya kembali pulih untuk membaca al-Quran. Azwar juga teringin untuk ke Makkah apabila sihat seperti sediakala.”

Surah2 yang dihafal tidak lekang daripada bibirnya

Tambahnya, k4nser Azwar masih di peringkat permulaan, dan doktor memaklumkan ketumbuha4nnya kian membesar sepanjang  8 sentimeter. Anisah berkata, anak ketiga daripada lima beradik itu kini hanya mampu memeluk al-Quran.

“Penglihatannya yang kabur menghalang dia membaca al-Quran. Azwar hanya mengalunkan surah-surah yang telah dihafal ketika sihat. Dia juga tidak dapat ke sekolah lagi.”

Tak pernah tinggal solat walaupun sakit

Katanya, dalam keadaan lemah, Azwar tetap bersolat seperti biasa dan tidak pernah meninggalkan tuntutan wajib itu. Azwar hanya mampu berdiri pada rakaat pertama, lantas dia akan duduk kerana menghadapi masalah sakit belakang.

“Dia telah jalani pembeda4han ota4k pada 23 Oktober tahun lalu. Doktor hanya membuang cecair dan mengambil sampel ka4nser. Pada Jun ini, Azwar akan jalani MRI, daripada  situ tahap ka4nsernya dapat diketahui.”

Menurutnya, peny4kit dialami menyebabkan tahap  penglihatan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sik itu kabur selain pergerakannya lem4h dan terhad.
“Azwar mempunyai dua impian, pertama dia  berharap matanya kembali pulih untuk membaca al-Quran. Dia yakin penglihatannya  akan pulih.

“Kedua, Azwar mahu ke Makkah apabila sihat  seperti sediakala,” katanya  ketika ditemui di Kampung Banggol Kiat, semalam.

Terdahulu, Azwar dan keluarga diziarahi aktivis  kemanusian serta kumpulan Amal Qaseh.

Pertemuan hampir 30 minit itu bertukar hiba apabila Azwar yang diminta membaca beberapa potong ayat al-Quran mengalunkan ayat berkenaan dengan suara yang merdu.
“Penglihatannya yang  kabur menghalang dia membaca al-Quran, jadi Azwar hanya mampu memeluk dan mencium al-Quran. Dia juga tidak dapat ke sekolah lagi.
“Dia juga hanya mengalunkan semua surahsurah dihafal sewaktu masih sihat,” katanya.

Katanya, dalam keadaan lemah, Azwar tetap bersolat  seperti biasa dan tidak pernah meninggalkan tuntutan wajib itu.

Anisah berkata, setiap bulan Azwar akan menerima rawatan lanjut di Hospital  Besar Pulau Pinang dan Hospital Alor Setar.

“Dia telah jalani pendedahan ota4k pada 23 Oktober tahun lalu. Doktor hanya membuang cecair dan mengambil sampel ka4nser.
“Anak saya sudah habis jalani semua rawatan kemoterapi dan radioter4api.  Pada Jun ini, Azwar akan jalani MRI dan daripada  situ tahap ka4nsernya dapat  diketahui,” katanya.
Sementara itu, aktivitis masyarakat, Rohaidatul  Asma berkata, dia dengan  kerjasama Amal Qaseh menyantuni 61 buah rumah penduduk Sik bermula Sabtu hingga semalam.

Menurutnya, setiap rumah diberikan bantuan barangan dapur bernilai RM150 hasil jualan amal dan kutipan.

“Untuk adik Azwar kita turut menyumbangkan 10 tin susu yang diperlukannya,” katanya.

Orang ramai ingin membantu boleh menyalurkannya ke akaun Maybank bernombor 152040392473 atas nama Che Anisah Md Saad
atau hubungi Mohd Ariff Ismail (ayah) di talian 017-5517084

Azwar rindu nak ke sekolah

Azwar nak ke sekolah tapi doktor masih tak benarkan kerana keadaannya yang lemah selepas jalani k1moterapi,” kata Che Anisah Md Saad, ibu kepada johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah.

Che Anisah, 43, berkata, semangat untuk ke sekolah tidak pernah luntur di dalam jiwa anaknya, Muhammad Azwar Mohd Ariff, 12, biarpun sedang menjalani rawatan akibat ketumbuha4n di kepala.

Katanya selepas menjalani tiga rawatan k1moterapi, keadaan anaknya itu bertambah baik namun lemah akibat kesan rawatan berkenaan.

“Seminggu dua kali saya perlu membawanya ke Hospital Sik untuk pemeriksaan darah manakala sebulan sekali ke Hospital Pulau Pinang. Esok doktor akan buat pemeriksaan mata sekali lagi terhadap Azwar.

“Mengikut doktor, pihaknya akan memohon kad orang kurang upaya (OKU) kepada Azwar sekiranya keadaan matanya terus kabur terutama mata kiri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya setiap hari Azwar akan menghafal surah-surah yang mudah untuk diingati selain mendengar menerusi radio al-Quran digital.

“Radio itu dihadiahkan oleh guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sik, dia akan cuba mengikut bacaan dalam radio dan menghafalnya, Alhamdulillah ia sedikit sebanyak membantu menaikkan semangat Azwar.

“Dia pernah cakap untuk terus menghafal al-Quran dan belajar di sekolah pondok berdekatan sahaja kerana tidak mahu berpisah dengan keluarga jika keadaan matanya tidak pulih,” kata ibu kepada lima orang anak itu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Azwar disahkan mengidap ketumbuh4an di kepala yang menyekat pengaliran air ke tulang belakang dan doktor sudah melakukan pembed4ahan untuk menebuk bahagian itu bagi mengeluarkan air, Oktober tahun lalu.

Pada Majlis Sambutan Maal Hijrah lalu, Azwar yang hadir berkerusi roda menjadi antara penerima anugerah yang disampaikan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Sumber: GPSBestari, BeritaHarian

Kredit: citemalaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *