“Semuanya Bagus…Makan Pakai Saya Terjaga Sekarang” – Zamani

Vokalis kumpulan Slam, Zamani, mengakui kehidupannya kini lebih bermakna dengan kehadiran isteri, Nur Juliana Abdul Rani, 36, yang dikahwini pada 20 September lalu.

“Alhamdulillah, semuanya bagus. Makan dan pakai saya terutamanya pakaian show terjaga sekarang.

“Status Juliana masih lagi sebagai pengurus peribadi saya. Dia akan jaga dari sudut peribadi iaitu penampilan saya.

“Saya dah tak perlu fikir semua ini sekarang dan serahkan kepadanya untuk buat yang terbaik,” katanya.

Zamani berkata, mereka juga tiada masalah untuk membentuk persefahaman dan menyesuaikan diri kerana sudah saling mengenali selama 14 tahun.

Pasangan pengantin baru itu juga akan mengerjakan umrah pada 30 Oktober dan pulang awal November.

Selepas itu, mereka merancang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan buat keluarga dan rakan, pihak media serta peminat.

Dalam perkembanga lain, selepas lebih dua minggu berehat Zamani akan membuat kemunculan pertama di khalayak ramai menerusi showcase solonya yang akan berlangsung di Uncle Chilli’s, Hilton PJ, Petaling Jaya pada 6 Oktober nanti.

“Saya memang berdebar menanti respons peminat terhadap persembahan ini.

“Ia adalah penampilan pertama saya selepas bergelar suami dan tak dinafikan perasaan saspens memang ada. “Persembahan saya akan diiringi oleh pemuzik undangan dan kami sudah mula berlatih sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Tiket untuk menonton persembahan berkenaan dibahagikan kepada dua kategori iaitu RM88 dan RM148 (termasuk sesi meet & greet) dan boleh ditempah menerusi www.airasiaredtix.com.

Zamani Slam Sah Bergelar Suami, Bawa Isteri Tunai Umrah

TERDAHULU, dengan sekali lafaz, vokalis kumpulan Slam, Zamani sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nur Juliana Abdul Rani, malam tadi (Jumaat).

Menerusi sebuah kenyataan yang dihantar kepada Gempak, majlis pernikahan Zamani dilangsungkan di Ampang, Kuala Lumpur.

Difahamkan majlis serba sederhana tersebut dihadiri dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

Zamani telah memberikan sebentuk sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM300 kepada pengantin perempuan.

Selain itu Zamani turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak pengantin perempuan.

Pasangan yang telah berkawan hampir 14 tahun ini bakal menunaikan Ibadah Umrah bersama-sama tidak lama lagi.

Kredit: Astro Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *