Status Isteri Empat Hari Sebelum Kmlangan Undang Sebak.”Tak Tahu Sempat Ke Tak Rasa Tua..”

Jodoh, rezeki dan a4jal m4aut itu telah ditetapkan oleh Allah. Sekuat mana pun kita merancang, andai sudah tertulis dalam takdir sebaliknya siapalah kita untuk menolak.

Pagi semalam, satu pasangan suami isteri m4aut di tempat kejadian setelah motosikal yang dinaiki mereka berlanggar antara satu sama lain di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan menghala ke arah Kuala Lumpur.

Memetik laporan Bernama, kedua-dua mereka Muhammad Hamadi Zakaria serta Nur Syuhadah Zaini yang masing-masing berumur 31 tahun m4aut di tempat kejadian selepas cuba mengelak insiden plnggaran antara dua lagi motosikal sebelum itu.

Lebih menyedihkan, pasangan ini meninggalkan dua orang cahaya mata yang masih kecil. Seakan seperti sudah mengetahui a4jal yang semakin mendekat, posting terbaru yang dimuat naik di Instagram oleh Nur Syuhadah empat hari lalu meruntun hati netizen.


Baru post gambar empat hari lepas

Malah, hajat pasangan ini untuk menghantar ibu bapa kepada Muhammad Hamadi menunaikan haji pada hari ini juga tidak kesampaian.

Memetik laporan Bernama, Nur Syuhadah telah mengambil cuti untuk mengucapkan selamat jalan kepada ibu dan bapa mentuanya. Namun siapa sangka, percutian kali ini adalah untuk selamanya.
Ibu bapa 4rwah nak berangkat ke Mekah

Dah dikebumikan sebelah-menyebelah

Patut lah dia cakap, ”jaga diri takut kita tak jumpa lagi”

Dalam sekelip mata tinggalkan anak-anak

Rakan-rakan a4rwah juga turut menubuhkan tabung derma kilat bagi meringankan ujian keluarga mereka.

Kenangan macam ni tak mungkin datang kembali

Mungkin Ini Hari Terakhir Isteri Gosok Baju Suami..

Catatan ini, Ashikin Hashim yang merupakan Pengetua di Genius Aulad Saujana Utama kongsikan selepas terkesan dengan pemergian pasangan suami isteri, Muhammad Hamadi Zakaria, 31 dan Nur Syahadah Zaini, 31 dalam kmlangan motosikal di Lebuhraya Persekutuan.

Kedua a4rwah ini meninggalkan dua cahayamata, Hana Safiyyah, 6 dan Hana Safina yang mana anak sulung itu belajar di Genius Aulad Seksyen 23, Shah Alam. Hiba hatinya mengenangkan masa depan pelajarnya itu.

Inilah ujian hati yang perlu dihadapi oleh setiap insan dengan penuh ketabahan. Dan bayangkan jika hari ini menjadi hari terakhir untuk isteri gosok baju suaminya..
Kem atian Itu Pasti : Baju Suamiku Yang Terakhir Aku Gosok
Mak-mak…

Allah berfirman di dalam surah Al Baqarah ayat 156

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Inilah ucapan istirja yang paling banyak saya dengar dan baca hari ini kerana perginya menghadap Allah, 2 orang insan yang dipanggil ibu dan ayah oleh anaknya yang bernama Hana Safiyyah iaitu pelajar Genius Aulad Seksyen 23 Shah Alam.

Peristiwa ini berlaku seolah-oleh ulangan kejadian yang menimpa sahabat kepada anakanda saya iaitu Daris yang juga kehilangan ibu dan ayah (termasuk adik bongsunya) di dalam satu kmlangan jalan raya sama seperti ibu ayah Hana Safiyyah.

Ucapan ini diucapkan apabila kita mendengar khabar dukacita (bukan hanya tentang kem atian).

Hebatnya ayat Allah ini. Ayat yang mengingatkan kita, bukan hanya sekadar lafaz bila dengar khabar kem atian. Kita yang hidup ini yang sebenarnya diperingatkan oleh Allah SWT.

Kita Kepunyaan Allah..

Mak-mak…

Ucapan ini adalah ucapan untuk kita juga sebenarnya.

Kita kepunyaan Allah.

Suami kepunyaan Allah.

Anak-anak kepunyaan Allah.

Ibu ayah kepunyaan Allah.

Tiada pun milik kita. Allahu akbar

Tiada yang milik kita. Allahu akbar

Semua yang kita ada hatta suami yang paling kita cinta dan damba setiap waktu pun kita tak mampu nak pegang hati dia.

Walau kita tembok dia sekukuh tembok besar China sekalipun takkan dapat kita menahan dan memegang hatinya.

SEMUA YANG KITA ADA HATTA ANAK-ANAK YANG KITA SAYANG DAN JAGA BAGAI MENATANG MINYAK YANG PENUH. TAK BAGI WALAU SEEKOR NYAMUK GIGIT ANAK KITA PUN TAK MAMPU KITA IKAT DAN PAKSA DIA DENGAR CAKAP KITA.

Hati Mereka Allah Yang Pegang
Kita hanya mampu merayu, sembah sujud dan mohon kepada Allah untuk minta kepada Allah.

Maka apa yang kita bangga sekarang: suami romantik, anak bijak, rumah besar, kereta mewah, pekerjaan hebat.. Itu semua ihsan Allah. Itu semua hibah dari Allah.

Satu hari nanti kita bakal menghuni barzakh. Lebih lama dari kita huni dunia mungkin.
Allahu akbar

Bila-bila masa Allah boleh ambil nyawa kita.

Tapi kita selalu alpa.

Kita leka dengan dunia.

Bangun tidur ingat dunia.

Solat kita susahnya nak khusyuk

Doa tak sungguh-sungguh.

Kita tak jadikan akhirat dan jumpa Allah itu matlamat kita

Ini semua saya.. Saya cakap pada diri saya sendiri.

Mak-mak…

Ramai yang risau kalau aku mati siapa nak jaga anak-anak aku.

Kalau aku dengan suami aku mati serentak macamana rumah, kereta, duit, anak-anak.

Kalau aku yang pergi dulu, suami aku kahwin lagi ke.

Allahu akbar… Itulah fikiran kita. Betul tak mak-mak.

Saya pujuk diri.

Janganlah risau… Allah ada.

Allah sebaik-baik PERENCANA.

Allah sebaik-baik PERANCANG.

Dari kita mati sampai ke siapa yang menjaga apa yang kita tinggalkan semua Allah dah susun atur cantik.

Semoga Allah bagi senafas lagi buat kita untuk terus berbakti kepada keluarga.

MUNGKIN HARI INI HARI TERAKHIR KITA GOSOK BAJU SUAMI KITA.

 

Sumber : Twitter TBMH, Instagram syuuhadazaini, Bernama Ashikin Hashim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *