“Tak Sangka RM50 Jek, Nampak Mahal..” – Peminat Terkejut Eina Azman Pakai Baju Kurung Cotton Dari Mydin

Dua minggu lalu, pelakon Datin Paduka Eina Azman dipuji pandai menggayakan fesyen ketika menghadiri majlis kahwin walaupun tampil sederhana dengan memakai baju kurung cotton.

Tetapi ada segelintir netizen mengatakan baju pelakon berusia 24 tahun itu sudah tentu dihasilkan daripada material kain yang berkualiti dan mahal harganya.

Mesti gred bagus punya!

Datin pakai confirm cotton ada class!

Cotton mahal tu!

Ratus2 ringgit tau!

Walau bagaimanapun, sangkaan netizen meleset sama sekali apabila beliau memberitahu hanya membeli baju kurung cotton berkenaan dari pasaraya Mydin dengan harga RM50 sahaja.

Pendedahan itu dibuat ketika menjawab salah satu pertanyaan pengikutnya di laman Instagram ketika memuat naik gambar memakai baju kurung cotton baru-baru ini.

“Semua baju kurung cotton dari Mydin”

“Beli dekat gerai2 RM50 je!”

Kenyataan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata tidak menyangka bahawa baju berkenaan hanya dibeli di sebuah pasaraya kerana kelihatan mahal mencecah ribuan ringgit.

Nampak baju ni mahal, tak macam RM50

Sangat rendah diri!

Sumber : Eina Azman via Ohmymedia 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *