(VIDEO) Kek Bertingkat J4tuh Berderai, Ini Respon Alha Alfa

Usahawan dan juru mekap profesional, Datuk Alha Alfa berkongsi peristiwa kek perkahwinan dalam rekaan bertingkat di majlis persandingannya runtuh secara tiba-tiba sewaktu acara mengambil gambar di atas pentas berjalan.

Jelas pengusaha kosmetik ini, dia tidak menyimpan perasaan marah, sebaliknya menyifatkan insiden tersebut sebagai memori yang bakal terpahat selamanya.

“Takpelah rezeki takat tu je..sy xmarah pun hehehe beratus kali depa mntak maaf walupun dalam perancangan nak pacak kek tu tgh2 rumah..hahah hbis berderai semuanya, ape pun abg @nasgreatidea_weddings mmg superb kek tu.

“Tak apa kek boleh carik,..kenangan yg terjadi tu memory selamanya..sorry yg xdapat merasa kek tu..syukur xde org kat belakang kalau tak jenuh berjahit muka nanti,” tulisnya.

“Kek ni punya berat maybe meja yg support tu pun dah menyerah diri dah tggu masa je bergegar skit paammmm!! habisss~ macam manusia jugak..emsem camne pun hati rapuh jugak…tqsm pada semua yg hadir semalam..sy dah isteri amat menghargai.

“Mintak ampun mntak maaf jika ada kekurangan dari pihak kami..love u guys #alhaalindreams,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, netizen memuji tindakan positif Datuk Alha dalam menangani masalah berlaku dan mendoakan agar pernikahannya kekal hingga ke syurga.

Video:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *